Thursday 31 May 2018

CARA CEPAT BERSALIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...arini Huda nak kongsikan pengalaman Huda bersalin di Hospital Putrajaya. 

Huda ada 3 orang anak perempuan iaitu Mia Amani 7tahun, Mia Adriana 5tahun dan Mia Aleesya 31hari... Pengalaman bersalin untuk ketiga-tiga anak Huda semua berbeza.. Anak pertama Mia Amani, Huda warded 2hari awal kerana contraction 2in10..maknanye 2kali dalam masa sepuluh minit.. Semasa check di bilik bersalin doctor arahkan untuk warded sebab Huda ada GBS dimana Huda mempunyai jangkitan di vagina. Tapi malangnye bila dah masuk ward, laluan tidak terbuka.. Doctor suruh Huda banyak berjalan sambil usap-usap pusat semasa di ward untuk membantu bukaan... Jadi doctor terpaksa tolong buka bukaan sehingga 4cm dan doctor pecahkan air ketuban pada pukul 4petang.. Pada pukul 8 malam Huda selamat bersalin. 

Untuk anak kedua Mia Adriana pula, Huda tidak sedar air ketuban dah start leak sikit-sikit kat rumah pada petang dalam pukul 5petang... Huda memang kerap pergi toilet la sebab memang terasa nak kencing jer... Pukul 5 pagi esoknye Huda bangun pergi toilet tp dalam keadaan sakit perut seperti kena cirit birit.. Perut memulas-mulas dan menyucuk-nyucuk sakitnye.. Terus gerak hubby pergi hospital.. Bila nak check BP(blood pressure) waktu tu memang tinggi sampai nurse tanya Huda ni ada darah tinggi ke dalam mengandung.. Sedangkan Huda xde apa-apa masalah pun semasa mengandung anak kedua ni.. waktu nurse suruh check urine, waktu tu Huda tengok dah ada darah keluar.. Jadi waktu buat CTG memang contraction dah kerap sangat dan bukaan pun 3cm waktu tu.. Doctor in charge check terus tanya bila air ketuban pecah memang Huda xdapat jawab ler.. Doctor pun cakap la selaput air ketuban dah tak ada jadi doctor terus suruh masukkan air dan tolak masuk bilik bersalin.. Pukul 9 pagi selamat bersalin..

Tapi anak ketiga ni Mia Aleesya agak berbeza sebab Huda ada GDM in pregnancy.. Jadi Huda tidak dibenarkan overdue dari tarikh EDD.. Sehari sebelum tarikh EDD Huda kena la serah diri kat hospital untuk di induce... Tapi alhamdulillah tak jadi untuk induce sebab Huda pergi tu contraction dah start kuat pagi tue... Bukaan pun dalam 2cm... Tapi nasib tidak menyebelahi Huda sebab Huda sakit contraction sepanjang hari tapi bukaan tidak berganjak,masih lagi 2cm.. Doctor decide esok pagi nak start induce.. Malam tue dalam pukul 10malam doctor bagi ubat tahan sakit Pethidine.. Ubat ni memang akan bagi kesan mengantuk jadi Huda dapat la tidur ekejap selepas sehari suntuk menahan sakit.. Bangun je pukul 12 tengah malam tue..Huda dah tak boleh nak tahan..sakit contraction yang makin kerap datang dan akhirnya air ketuban pecah sendiri.. terus Huda tekan bell panggil nurse bagitau air ketuban pecah.. Kelam kabut doctor daan nurse datang untuk check bukaan tapi Huda tak tahan sangat rasa sakit sampai nak pusing badan dan angkat kaki untuk doctor nak check bukaan pun terpaksa amik masa.. Bila doctor check je bukaan, waktu tu dah terbuka 9cm.. Kelam kabut nurse tolak je terus katil Huda pergi bilik bersalin... Semua barang baby dan Huda memang tak bawa langsung pergi bilik bersalin. Sampai je bilik bersalin nak kena pindah katil pulak... Lagi satu azab nak angkat punggung pindah katil...dapat je pindah katil terus nurse tukarkan baju untuk bersalin, doctor cuba untuk keluarkan kepala baby.. Huda waktu tue dah berserah je..dalam kepala nie baca doa Nabi Yunus jer..tak lama meneran keluarlah anak ketiga Huda..

Ini amalan-amalan yang Huda buat untuk cepat bukaan:-
1. Banyakkan berjalan walaupun dah tak larat nak berjalan
2. Main puting untuk memberi rangsangan pada serviks 
3. Makan nenas sehari sebelum serah diri (sepotong setengah je)
4. Buat hubungan kelamin (orang kata boleh cepat bukaan tapi macam tak berapa jadi)
5. Minum air zam-zam

Sepanjang pregnancy ke3 Huda amalkan set mengandung Shaklee untuk memberi nutrient yang cukup kepada tubuh badan kita dan juga baby... Sebab tu walaupun Huda kena GDM in pregnancy baby Huda tak besar seperti orang lain yang ada GDM.. 


Sekarang bila dah bersalin Huda amalkan juga set bersalin Shaklee dan Huda berjaya turunkan berat hampir 10kg dalam masa 3bulan.. Susu badan pun meriah sangat sampai terpaksa perah sebab overflow hari-hari.. 



Kalu nak order kedua-dua set ini boleh text Huda di 017-2948925 atau click je ORDER